Pengerusi dan pengarah urusan Fox Corp, Rupert Murdoch mengumumkan bakal berkahwin untuk kali ke-5 pada usia 92 tahun dengan seorang bekas model, artis dan seorang pendeta polis di San Francisco.
Berita pertunangannya ini tersebar beberapa bulan lepas selepas bercerai dengan isteri ke-4 iaitu Jerry Hall yang merupakan pelakon dan model. Mereka sebelum ini berkahwin pada tahun 2016 dan bercerai pada bulan Ogos lalu.

Menerusi temu bual bersama New York Post, Rupert Murdoch menyatakan dia berasa gementar untuk jatuh cinta lagi tetapi berharap percintaan ini adalah yang terakhir serta lebih baik.
Rupert Murdoch dengan Ann Lesley pertama kali bertemu pada bulan September di ladang anggur Moraga di California.
Tunangnya itu sebelum ini adalah isteri kepada seorang penyanyi Country, Chester Smith yang telah meninggal dunia pada tahun 2008.

Rupert Murdoch yang dinobatkan oleh Forbes pada tahun 2022 iaitu orang yang ke-31 terkaya di Amerika Syarikat dan ke-71 terkaya di dunia ini telah menghadiahkan sebentuk cincin solitaire berlian yang dipotong mengikut bentuk Asscher.
Mengikut laporan dari 1news pasangan ini akan berkahwin pada musim panas tidak lama lagi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: