Umoja, Sebuah Perkampungan Yang Diharamkan Untuk Lelaki

Umoja adalah kawasan perkampungan yang berada di bahagian utara Kenya, Afrika di mana penduduknya terdiri daripada wanita sahaja. Perkataan Umoja merupakan bahasa Swahili yang membawa maksud perpaduan.

Kampung ini diasaskan pada tahun 1990 oleh sekumpulan 15 orang wanita yang terselamat daripada diperkosa oleh tentera British tempatan. Kini, penduduk kampung ini semakin bertambah bilangannya dengan kemasukan golongan wanita yang menjadi mangsa rogol dan keganasan rumah tangga serta wanita yang diusir keluarga kerana melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur oleh keluarga.

Penduduk kampung ini menjana pendapatan melalui aktiviti membuat kraftangan dan mengukir batu permata. Selain itu, mereka turut menerima sumbangan daripada masyarakat setempat. Mereka turut menyediakan penginapan kepada pelancong yang datang melawat kampung tersebut.

Mengikut budaya tempatan, kebiasaannya wanita di sini akan dikahwinkan pada usia yang sangat muda. Namun, penduduk di kampung ini percaya bahawa adat dan budaya tersebut perlu diubah memandangkan perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang besar. Malah, mereka percaya pada umur belasan tahun seorang wanita belum cukup kuat dari segi fizikal untuk melahirkan seorang bayi.

Dengan kewujudan kampung yang dikhaskan untuk wanita ini, ramai orang beranggapan bahawa mereka sangat membenci kaum lelaki. Realitinya, mereka tidaklah membenci lelaki tetapi mungkin lebih berhati-hati dengan lelaki kerana pengalaman lampau mereka bersama lelaki.

Menurut penduduk Umoja, mereka bebas untuk bergaul dan berhubungan dengan kaum lelaki di luar perkampungan tersebut. Walaupun mempuyai anak hasil hubungan dengan lelaki luar, mereka masih kekal tidak akan berkahwin sebaliknya menjaga anak tersebut secara sendirian.

Sesungguhnya terciptanya wanita dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dijadikan alas bahkan bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat dibahu untuk dilindung dan juga dekat dihati untuk dikasihi.

Artikel Lain Untuk Di Baca