“Umat Islam Bukan Pengganas”, Kenyataan ‘Egg Boy’ Buka Mata Ramai Pihak

Pasti ramai yang mengenali Will Connolly yang bertindak memecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning. Ahli politik itu terdahulu telah mencetuskan kemarahan apabila mendakwa serangan yang mengorbankan 50 jemaah di serangan masjid di Christchurch berpunca daripada penghijrahan pendatang Islam ke negara itu.

Tindakan remaja lelaki yang dikenali dengan nama Egg Boy ini tular di media sosial dan video tersebut telah mencecah puluhan ribu Retweets. Ramai yang bangga dengan keberanian Egg Boy kerana tindakannya itu dianggap sebagai membela maruah umat Islam. Rata-rata pengguna media sosial yang lain turut merakamkan ucapan terima kasih di atas keberaniannya itu.

Baru-baru ini, Egg Boy sekali lagi tular di laman Twitter apabila dia menulis satu kenyataan yang membuatkan lebih ramai orang Islam berbangga dengan dirinya itu.

Menurut Will Connolly, merujuk kepada tindakannya yang memecahkan telur di atas kepala Anning:

“Inilah saat saya berasa bangga sebagai seorang manusia. Kepada semua, umat Islam bukan pengganas dan keganasan tidak mempunyai agama. Bagi semua yang menganggap umat Islam itu sebagai sebuah komuniti pengganas, mereka mempunyai kepala yang kosong seperti Anning.”

Apa yang membuat ramai pengguna terhibur adalah penggunaan tanda pagar pada tweet tersebut. Will Connolly menggunakan tanda pagar #EggBoy dan #eggAnning sepertimana orang ramai menggelar dirinya saat ini.

Walau bagaimanapun, akaun Twitter Will Connally telah digantung oleh pihak Twitter setelah tweet berkenaan tular. Ramai pengguna yang mengecam pihak Twitter kerana berbuat demikian. Apa-apa pun, sikap Egg Boy yang tidak memandang Islam sebagai sebuah komuniti pengganas ini harus dipuji.

Al-Fatihah buat 50 orang yang mati syahid dalam insiden di Christchurch.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca