Ular Ini Pura-Pura Mati Bila Berasa Terancam

Jika terserempak dengan ular, apa yang anda akan buat?

A. Menjerit “Aaaaaa, tolong!”

B. Anda tengok ular, ular tengok anda

C. Pengsan

D. Lari selamatkan diri

Pasti takut dan geli bukan? Terutamanya kalau yang jenis berbisa. Rupanya ular pun memiliki ‘instinct’ tak selamat. Mungkin sebab tu reptilia ini berdesir buat bunyi ‘Ssssss!’ atau patuk terus.

Tetapi di Amerika Utara, strategi pertahanan ular hognose atau dipanggil ular zombie ini lebih dramatik dan patut menang anugerah Oscar kerana ia akan berlakon mati apabila keselamatannya tergugat.

Untuk menakutkan pemangsa, ular ini akan menghirup udara dan mengembangkan leher dan kepalanya seperti ular tedung, berdesir kuat dan tunjuk ganas.

Jika pemangsa buat tak tahu dengan ‘persembahan’ berkenaan, ular ini akan menggunakan taktik seterusnya iaitu buka mulut seluasnya sebelum berguling-guling seperti nazak dan ‘mati’.

Anehnya, kebanyakan pemangsa tidak jadi memakannya dan meninggalkan ‘bangkai’ tersebut begitu saja. Saintis berteori yang kemungkinan pemangsa menganggap ular tersebut berpenyakit dan beracun.

Tetapi ada juga kes terpencil di mana ular tersebut akan menggigit pemangsa jika keadaan mendesak.

Oleh itu, baik jangan cari fasal dengan ular zombie ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca