Ulang Sejarah Lama, Da’i Farhan Ceraikan Isteri Kedua Yang Sedang Hamil

Dr. Erin isteri kedua pendakwah bebas Da’i Farhan kini telah mengesahkan beliau sudah diceraikan oleh suaminya itu pada hujung April lalu.

Menurut Noorainul Naqim Mohd Radzi, penceraian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah pun melafazkan cerai kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak bekas madu juga tidak boleh move on.

Penceraian ini saya minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cerai balik.

Saya tahu ustaz pun serba salah, kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” ujarnya melalui hantaran di Instagram.

Melalui hantaran itu juga, Erin memaklumkan Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, telah diizinkan untuk kembali kepada bekas isteri kerana suaminya enggan berpisah jauh dengan anak-anak sejak Februari.

Beliau turut mengaku sudah pasrah menantikan waktu untuk diceraikan oleh suaminya sehinggalah mendapat tahu dirinya sudah hamil baru-baru ini.

“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz, cuma menunggu masa nak diceraikan sahaja.

Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya dapat tahu mengandung pula.

Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, beliau memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan. Erin juga meminta masyarakat tidak mengaitkan beliau dengan pendakwah bebas itu lagi.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Da’i Farhan dan Erin di Makkah telah mendapat perhatian warganet kerana ia dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Da’i Farhan kemudian telah mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dengan dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Da’i Farhan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca