Ugut Mahu Rempuh Pasar Raya, Lelaki Dari Mississippi Ini Larikan Pesawat Ringan

Seorang petugas lapangan terbang di Tupelo, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didakwa melarikan sebuah pesawat ringan serta mengugut untuk rempuh sebuah pasar raya.

Suspek yang bernama Cory Patterson dari negeri Mississippi itu turut memuat naik ucapan ‘selamat tinggal’ di laman Facebook dan memohon maaf atas tindakannya.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya memujuknya untuk tidak meneruskan niat asalnya. Dia akhirnya membatalkan rancangan itu lalu pesawat tersebut akhirnya mendarat di sebuah padang berhampiran Ripley.

Sumber: New York Post

Pesawat terbabit kehabisan bahan api selepas mengelilingi Tupelo selama lima jam malah Patterson juga tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menurunkan pesawat.

Pejabat Syerif Daerah Benton mengesahkan bahawa pesawat itu mendarat dengan selamat dan suspek telah ditahan tanpa sebarang kecederaan.

Dia berkemungkinan akan menghadapi pertuduhan atas dakwaan mahu membuat rompakan besar-besaran dan membuat ancaman pengganas.

Walaupun niatnya masih tidak jelas tetapi polis Tupelo akan bekerjasama dengan FBI dalam menyelesaikan isu tersebut.

Suspek dipercayai mencuri pesawat jenis Beechcraft King Air 90 sekitar pukul 5.08 pagi (waktu tempatan), semalam dan mula terbang mengelilingi Tupelo.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa pada kira-kira pukul 5.23 pagi (waktu tempatan), Patterson telah mengancam untuk merempuh pasar raya Walmart di Tupelo dengan sengaja. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca