Kita sering dengar tentang dakwaan mengenai penampakan kelibat objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia.

Terbaharu, seorang wanita mendakwa yang dia melihat UFO ketika sedang memandu bersendirian di Tennessee, Amerika Syarikat.

Malah, ia bukan sekadar omongan kosong kerana wanita berkenaan turut menunjukkan bukti tentang penampakan UFO itu. Dia sempat merakam video tentang kejadian itu dan memuat naiknya di laman Twitter.

Sejurus melihat objek tersebut, dia dipercayai terus menghubungi suaminya. Ketika kejadian, dia dikatakan sedang memandu sambil menyanyi sebelum dia terdiam dan mula menangis apabila melihat kelibat 3 UFO bersaiz kira-kira 3 buah kereta.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda