Twitter Terima Tawaran Pembelian $44 Bilion, Jutawan Elon Musk Akan Mengambil Alih Secara Penuh

Diumumkan dalam kenyataan akhbar hari ini, Twitter telah menerima tawaran Elon Musk untuk membeli dan mengambil alih syarikat media sosial tersebut pada harga $44 bilion. Ia dijelaskan bahawa Musk membeli syarikat itu pada $54.20 per saham- harga sama yang ditawarnya semenjak 14 April.

Pada awalnya, syarikat tersebut langsung tidak berkenan dengan tawaran Elon Musk. Namun selepas seminggu mereka menukar fikiran. CEO Twitter, Parag Agrawal mengatakan bahawa syarikatnya telah memberi impak kepada dunial dan dia sangat bangga dengan hasil pasukan Twitter.

Sumber: CNA

Musk menjelaskan, “Kebolehan untuk bersuara bebas adalah asas untuk memastikan sebuah demokrasi berjaya. Twitter merupakan dataran digital di mana pelbagai perkara penting dibincangkan sesama pengguna.

Saya mahu perbaiki Twitter dengan mempertingkatkan beberapa ciri lama dan mengimplan beberapa fitur baharu. Saya juga akan membuatkan algoritma Twitter sebagai sumber terbuka untuk meningkatkan kepercayaan antara saya sebagai pemilik dan pengguna-pengguna platform.”

Sumber: AdWeek

Walaupun niat Musk kelihatan baik, terdapat ramai warganet yang skeptical dan ragu dengan pengambil alih itu. Mengikut beberapa warganet, mereka risau dengan kepulangan akaun Twitter seperti Donald Trump yang ada sejarah untuk menyebarkan maklumat yang salah dan menarik orang rasis dan seksis.

Pada pendapat anda, adakah Twitter akan menjadi lebih baik selepas pembelian Elon Musk, dan adakah kebebasan bersuara tanpa sebarang penapisan adalah suatu hal yang baik?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca