Twitter Saman Elon Musk, Akibat Keputusan Batalkan Perjanjian

Twitter menyaman Elon Musk selepas manusia terkaya di dunia itu melanggar perjanjian bernilai AS$44 bilion (RM195 bilion) dalam cadangannya untuk membeli platform media sosial tersebut.

Saman yang difailkan kelmarin di mahkamah Delaware itu bertujuan untuk mendapatkan perintah mahkamah agar Musk melengkapkan proses penggabungan pada harga yang telah dipersetujui, iaitu AS$54.20 (RM240) bagi satu unit saham Twitter.

“Musk enggan menunaikan obligasinya terhadap Twitter dan para pemegang saham kerana perjanjian yang telah ditandatangani tidak lagi memenuhi kepentingan peribadinya,” demikian tuntutan mahkamah.

Tuntutan undang-undang itu sebagai salah satu pertarungan undang-undang terbesar dalam sejarah Wall Street. Ini kerana melibatkan salah seorang usahawan paling terpengaruh dalam dunia perniagaan dalam kes ini.

Pada Jumaat lalu, Musk memaklumkan bahawa beliau mahu membatalkan perjanjian selepas Twitter didakwa gagal memenuhi permintaannya bagi memberi maklumat mengenai akaun palsu di platform berkenaan.

“Oh, betapa ironi!” kata Musk menerusi ciapan di Twitter petang kelmarin sebagai memberi respons kepada saman tersebut.

Musk adalah antara akaun Twitter yang paling banyak diikuti dan tuntutan mahkamah itu termasuk imej beberapa ciapannya termasuklah emoji tahi yang dikatakan syarikat itu melanggar klausa “tidak meremehkan” penggabungan itu.

Musk menghantar ciapan emoji itu pada 16 Mei sebagai respons kepada ciapan oleh Parag Agrawal, ketua pegawai eksekutif Twitter, menjelaskan usaha syarikat untuk melawan akaun spam.

Sementara itu, Penasihat Am Twitter, Sean Edgett memaklumkan mengenai saman tersebut kepada kakitangan syarikat itu menerusi memo yang dikeluarkan petang kelmarin. 

“Selepas menjadikan Twitter sebagai topik perbincangan umum, mencadangkan dan menandatangani perjanjian penggabungan, Musk nampaknya percaya bahawa beliau bebas mengubah fikirannya.

Kemudian ‘membuang’ syarikat begitu sahaja, mengganggu operasi serta memusnahkan nilai pemegang saham yang berlalu pergi,” berikut merupakan hujah saman yang dikemukakan. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca