Search
Close this search box.

Filem Twilight Kembali Ke Panggung Wayang Selepas 10 Tahun

Sudah hampir 10 tahun sejak filem Twilight (2008) yang diadaptasikan daripada novel Stephenie Meyer menjadi antara filem pecah panggung di seluruh dunia. Namun, ia tetap diingati oleh ramai peminat filem yang sudah berusia 30-an mahupun yang masih remaja. Mungkin kerana kisah cinta ini begitu unik sehingga sukar filem ini untuk dilupakan?

Filem yang dibintangi oleh Kristen Stewart dan Robert Pattinson sebagai pasangan remaja yang mencintai satu sama lain iaitu Bella Swan dan Edward Cullen ini juga telah mendapat kutipan sebanyak $393.6 juta di seluruh dunia.

Twilight menceritakan seorang gadis remaja yang mempertaruhkan segala-galanya apabila dia jatuh cinta dengan seorang pontianak yang kacak di sekolahnya.

Bella adalah seorang gadis biasa yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Semuanya kelihatan normal sehingga dia bertemu dengan Edward Cullen yang kelihatan misteri. Ketika mereka mula mengenali diantara satu sama lain, Bella telah mengetahui satu rahsia yang dia tidak sepatutnya tahu, iaitu dia mendapati bahawa Edward adalah seorang pontianak. Dalam pada masa yang sama, terdapat beberapa pembunuhan yang mengerikan berlaku di sekitar bandar. Adakah Bella akan tetap mempercayai hatinya?

Cerita cinta ini mengikuti perjuangan diantara seorang gadis dan teman lelaki pontianak untuk muncul sebagai pasangan biasa seperti semua orang inginkan.

Untuk meraikan ulang tahun ke-10, Twilight (2008) akan kembali ke panggung wayang di seluruh negara pada 21 Oktober. Ia akan ditayangkan selama dua hari sebagai sebahagian daripada siri Fathom Spotlight.

Selain daripada memberi peluang kepada peminat untuk menonton semula kisah cinta yang hebat diantara Bella dan Edward di layar perak, Ia juga akan menampilkan satu prologue daripada pengarah Catherine Hardwicke sebelum filem itu ditayangkan.

Syarikat penerbitan filem Lionsgate juga akan memperkenalkan satu set DVD berkotak untuk kelima-lima filem Twilight dengan ilustrasi baru oleh Justin Erickson, yang boleh didapati pada 23 Oktober nanti.

 

Kredit – Billboard

Gambar – Twilight on Google

Artikel Lain Untuk Di Baca