‘Tweezer’ Tersekat Dalam Alat Sulit Selama 4 Tahun, Lelaki Ini Akhirnya Terpaksa Dibedah

Dalam beribu jenis eskperimen di dunia yang boleh dilakukan untuk memenuhi kehendak inkuiri manusia, lelaki ini memilih untuk menjalankan uji kaji ke atas badannya sendiri.

Eksperimen itu bertukar menjadi ekstrem apabila lelaki yang berusia 22 tahun itu telah memasukkan satu tweezer berukuran tiga inci ke dalam alat kelaminnya sendiri. Tambah parah apabila alat terbabit kekal di dalam saluran organ berkenaan selama empat tahun.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu akhirnya telah menjalani sebuah pembedahan untuk membuang tweezer berkenaan daripada saluran kencingnya.

Ajaibnya, lelaki berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam panas dan kebengkakkan walaupun tweezer itu sudah lama berada di organ terbabit. Malah, dia juga mampu membuang air kecil seperti biasa walaupun tiada kepastian sama ada lelaki itu mengalami kesakitan sewaktu membuang air kecil.

Menurut doktor, lelaki berkenaan mungkin tidak datang ke hospital terlebih awal kerana berasa malu dengan kejadian itu.

Tweezer itu berjaya dikeluarkan oleh seorang pakar bedah yang arif tanpa menggunakan kaedah endoskopi. Namun begitu, proses membawa keluar alat terbabit mempunyai beberapa masalah sendiri.

Semasa kejadian, tweezer berkenaan berada dalam keadaan terbuka di dalam alat sulit. Hal ini menyebabkan pembedahan yang diketuai oleh Dr Mohamed Abouelazayem terpaksa dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana ia mampu mengoyakkan uretra lelaki itu.

Pakar bedah terpaksa menekan alat sulit mangsa demi memastikan tweezer terbabit berada di dalam keadaan tertutup sebelum mengeluarkannya.

Lelaki terbabit kini dilaporkan sudah pulih seperti biasa. Walaupun ditawarkan khidmat psikiatri berikutan kejadian itu, lelaki berkenaan menolak pelawaan dan tidak lagi muncul di hospital berkenaan usai pembedahannya.

Artikel Lain Untuk Di Baca