Tuntut RM152,000 Dari Dusun Resort, Keluarga Nora Anne Mula Fail Saman

Peguam yang mewakili keluarga remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin telah mula memfailkan saman terhadap resort di mana Nora dilaporkan hilang sebelum ditemui mati 10 hari kemudian.

Menurut Peguam Sangkara Nair, keluarga Nora Anne menuntut bayaran ganti rugi yang berjumlah RM152,000 dari pengusaha pusat penginapan berkenaan atas dakwaan kecuaian.

“Keluarga Nora mendakwa pusat penginapan itu tidak selamat dan selak tingkap sudah rosak,” kata Sangkara Nair ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Seremban.

“Disebabkan selak tingkap yang sudah rosak itu, mereka mendakwa keadaan sudah menjadi tidak selamat dan seseorang mampu untuk membawa Nora Anne keluar melaluinya.”

Pada masa yang sama, keluarga Nora Anne turut mengesa pihak berkuasa Malaysia agar menjalankan inkues bagi mengetahui punca kematian remaja berkenaan.

Nora Anne yang merupakan remaja istimewa datang ke Malaysia untuk bercuti bersama-sama keluarganya selama dua minggu. Mereka tiba di negara ini pada tarikh 3 Ogos 2019 dan menginap di The Dusun Resort, Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, kira-kira jam 8 pagi pada 4 Ogos 2019, Nora Anne gagal dikesan oleh keluarganya menyebabkan satu laporan polis dibuat dan operasi pencarian dilancarkan.

Mayat Nora Anne Quoirin ditemui 10 hari kemudian yakni pada 13 Ogos 2019. Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa remaja itu meninggal dunia disebabkan kebocoran usus susulan dia tidak makan dalam tempoh masa yang lama.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kes Nora Anne Quoirin, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca