Tuntut Lebih Banyak Lagu Untuk BlackPink, Blink Lancarkan Protes Di Hadapan YG Entertainment

Setiap peminat mahukan yang terbaik untuk penyanyi kegemaran mereka. Tidak dinafikan bahawa sesetengah peminat sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk protes untuk meluahkan ketidakpuasan terhadap syarikat rakaman penyanyi tersebut.

Baru-baru ini, Blink iaitu peminat kumpulan BlackPink menunjukkan protes terhadap YG Entertainment iaitu syarikat rakaman kumpulan berkenaan.

Tujuan kumpulan peminat itu melakukan protes berkenaan adalah untuk menuntut label terbabit supaya uruskan kerjaya BlackPink dengan lebih adil dan merakam lebih banyak lagu baharu seperti yang dilakukan oleh kumpulan lain dalam agensi tersebut.

Untuk itu, kumpulan peminat tersebut bertindak untuk mengumpul dana bagi memasang billboard bergerak yang bertulis, “Blinks Demand for BlackPink” yang diparkir di hadapan pejabat YG Entertainment.

Pada pendapat mereka, BlackPink tidak menerima promosi yang sama seperti artis lain di bawah label berkenaan walaupun kumpulan itu sudah mencipta beberapa rekod bertaraf antarabangsa.

Selain itu, Blink turut membandingkan keseluruhan lagu BlackPink sejak mula ditubuhkan pada tahun 2016 dan kumpulan tersebut dilaporkan hanya memiliki 14 buah lagu sekiranya dibandingkan dengan kumpulan lain yang bernaung di bawah agensi berkenaan seperti Winner yang sudah melancarkan 42 buah lagu semenjak 2016.

Di samping itu, iKon lancarkan 11 buah lagu pada tahun 2015 tetapi mempunyai 37 lagu baharu dari 2016 hingga 2019.

YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai respons kepada tuntutan yang dikeluarkan oleh kelab peminat tersebut.

Dalam pada itu, van billboard itu mengelilingi Seoul sambil memutarkan lagu-lagu BlackPink sepanjang perjalanan mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca