“Tunggu Bulan 4,” Sam Bunkface Menolak Beri Kenyataan Awal Tentang ‘Akhir Zaman’

Kontroversi melibatkan single terbaharu Bunkface yang berjudul Akhir Zaman sedang hangat diperkatakan ketika ini. Rata-rata warganet masih kencang berdebat soal bait-bait lagu berkenaan. Ada yang beranggapan bahawa lagu tersebut agak keterlaluan dan ada juga yang tampil menyokong mesej yang cuba disampaikan tiga jejaka itu.

Semalam, Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk telah melancarkan single terbaharu yang berjudul Akhir Zaman. Dalam masa kurang dari 24 jam video lirik lagu tersebut dimuat naik di laman YouTube, ia berjaya meraih lebih 100,000 tontonan.

Sam bersama salah seorang team Lejen Digital, Qaisara Afiqah.

Ketika ditemual bual oleh team Lejen Digital, vokalis kumpulan tersebut iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar enggan memberi apa-apa kenyataan lagi buat masa ini.

Menurut penyanyi yang berusia 32 tahun itu, segala persoalan berkenaan Akhir Zaman akan dijawab pada bulan April nanti.

“Kami akan bagi kenyataan berkenaan lagu ini di Riot Fest pada 4 April nanti,” kata Sam ketika ditemui di studio BF Rockstation di SS15, Subang Jaya.

“Kita tunggu sebulan dulu baru keluarkan kenyataan,” ujar Sam lagi.

Sebelum ini, kami akan berkongsi tentang reaksi warganet terhadap single terbaharu Bunkface itu. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Artikel Lain Untuk Di Baca