Tunai Umrah Untuk Ratu Elizabeth II, Lelaki Warga Yaman Ini Ditahan

Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.

Lelaki warga Yaman itu ditahan selepas dia memuat naik rakaman video yang kemudian menjadi tular di media sosial pada Isnin.

Media tempatan melaporkan pihak berkuasa Masjidil Haram menahan lelaki berkenaan kerana telah melanggar peraturan umrah apabila bertindak membawa sepanduk yang ditujukan untuk mendiang ratu ke dalam kawasan Makkah.

“Individu itu ditahan serta langkah perundangan akan dilaksanakan terhadapnya. Dia diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan laporan itu.

Lelaki warga Yaman itu memuat naik satu video di media sosial pada hari Isnin yang memaparkan dirinya di dalam Masjidil Haram sambil memegang kain rentang tertulis ‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya ke dalam syurga dan dalam kalangan orang beriman’.

Video itu tersebar luas di media sosial Arab Saudi. Ramai pengguna Twitter menggesa lelaki terbabit ditahan.

Sehubungan dengan itu, Arab Saudi melarang jemaah yang tiba ke Makkah membawa kain rentang atau melaungkan slogan.

Meskipun amalan menunaikan umrah bagi pihak individu yang meninggal dunia ada dalam Islam.

Tetapi ia tidak merangkumi individu bukan Islam seperti mendiang Ratu, yang juga merupakan gabenor tertinggi Gereja England (gereja tertinggi bagi penganut Anglican seluruh dunia).

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun pada hari Khamis lalu. Majlis pemakaman monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu akan dijadualkan pada Isnin depan. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca