Tunai Umrah Bersama, Shuk Sahar dan Isteri Berbaik Semula

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran berkenaan pelakon dan pengacara, Shuk Sahar. Terbaharu, perkongsian beliau menunaikan ibadah umrah menarik perhatian netizen.

Apa yang lagi menarik, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamad Sahar menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Serra.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shuk meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk melakukan ibadah bersama isteri dan merakamkan memori di Kota Makkah.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu Allah buat kali kedua,” tulisnya.

Dalam perkongsian di akaun TikTok, isteri kepada pelakon itu turut memuat naik video dilihat mesra bersama suaminya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sumber: Instagram @Shuk_Sahar

Serra meminta orang ramai mendoakan hubungannya bersama Shuk semakin baik.

“Assalamualaikum semua. Doakan kami berdua. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Dapat perbaiki diri. Rasa Gementar. Tapi rasa Bahagia sangat. Alhamdulillah,”

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan bersyukur dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk berbaik semula dan memperbaiki kekurangan diri masing-masing.

Sumber: mStar

“Memang rasa sedih. Kadang-kadang begitulah kehidupan. Allah duga dahulu sebelum kita rasa hikmah disebaliknya. Semoga yang terbaik buat kedua pasangan ini.

“Shuk bagus. Walaupun dia tahu kesalahan dia tetapi dia tidak pernah salahkan isteri. Dia pun tidak pernah abaikan anak-anak dan isteri dia,” komen netizen.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca