Tun Dr. Mahathir Kini Dilantik Sebagai Perdana Menteri Sementara

Tun Dr. Mahathir mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri pada hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Baginda sebaliknya telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah kenyataan media.

Jelasnya, “Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk.”

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan politik tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca