Tun Dr. Mahathir Cabar Hak Kuasa Agong – Majlis Presiden Pakatan Harapan

Tindakan Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri interim memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri dianggap mencabar hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Perkara in telah disebut oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar semalam.

Tindakan Tun Dr. Mahathir mendahului titah Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah dianggap tidak wajar.

Selain itu, Majlis Presiden juga berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seorang Perdana Menteri terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Perdana Menteri interim telah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak menemui individu yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Juga, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dijangka diadakan pada hari ini.

Untuk membaca artikel lain berkenaan kemelut politik di dalam Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca