Tun Dr. Mahathir Akan Masuk Pejabat Kementerian Pendidikan Dalam Waktu Terdekat

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik baru-baru ini akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Tun Dr. Mahathir, salah satu keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan, Tun Dr. Mahathir mengatakan beliau bakal berbuat demikian dalam waktu terdekat.

“Secepat mungkin,” kata Tun Dr. Mahathir secara berseloroh.

“Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi, saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian,” jelas beliau.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan bakal dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Tun Dr. Mahathir berkata, “Itu akan menjadi perkara yang akan saya pertimbangkan mengikut saranan anda (wartawan).”

Untuk rekod, Dr. Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lepas dan keputusan itu dikatakan dibuat atas nasihat Tun Dr. Mahathir.

Tonton video penuh sidang media peletakan jawatan Dr. Maszlee.

Untuk baca artikel lain mengenai peletakan jawatan Dr. Maszlee, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca