Tumpahkan 3 Ratus Ribu Buah Tomato, Treler Di California Ini Terbalik

Pemandu jalan raya di California, Amerika Syarikat bergelut dengan kesesakan lalu lintas yang besar apabila sebuah treler membawa muatan tomato terbalik.

Treler dipenuhi tomato itu menuju ke arah timur di lebuh raya rentas negeri, Interstate 80 sekitar bandar Vacaville ketika merempuh kenderaan lain pada pukul 5 pagi, waktu tempatan.

Pemandu treler dan dua individu lain dirawat di hospital berdekatan. Hampir 300,000 buah tomato berselerak di atas jalan raya dalam kemalangan tersebut.

Tiga kereta terlibat dalam pelanggaran itu, manakala beratus-ratus lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas disebabkan keadaan jalan yang licin.

Beberapa kenderaan yang cuba dipandu melalui jalan itu hilang kawalan dan terbabas tetapi tiada kecederaan parah dilaporkan menurut Peronda Lebuhraya California.

Tiga lorong ke arah timur dan satu lorong ke arah barat di lokasi kejadian dipenuhi dengan tomato hancur.

Jabatan pengangkutan negeri berusaha untuk membersihkan dan membuka semula lorong yang ditutup.

“Jabatan Pengangkutan California (Caltrans) yang berada di lokasi kejadian bekerja keras untuk membersihkan dan membuka lorong secepat mungkin,” kata wakil CHP di Twitter.

Para pegawai terlebih dahulu mengalihkan trak itu sebelum mula bekerja membersihkan lorong yang terjejas.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca