Keadaan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut dilaporkan stabil setelah melalui pembedahan selama 5 jam lamanya.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh doktor pelatih surgikal yang bertugas di United Kingdom iaitu Dr Amalina Che Bakri menerusi satu posting di laman Instagram beliau.
Pembedahan bagi membuang tumor itu dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
Menurut Dr Amalina yang juga terlibat dalam pembedahan itu, Ainul merupakan seorang bayi yang kuat dan pembedahan tersebut berjaya membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya.
“Lima jam dalam dewan bedah, keseluruhan tumor berjaya dibuang. Anda tidak dapat bayangkan bagaimana resahnya saya sepanjang tempoh itu.”
“Ia pembedahan yang sangat berisiko tinggi, banyak persediaan perlu dilakukan untuk memastikan Ainul selamat dan pembedahan berjalan lancar,” coretnya di laman Instagram.
Sementara itu, bapa Ainul iaitu Ahmad Safiuddin turut menyatakan rasa syukurnya sebaik sahaja anak kesayangannya itu berjaya dibedah.
“Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa-apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.”
“Sekarang Ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring. Kita teruskan berdoa untuk Ainul ya,” coretnya di laman Facebook.
View this post on InstagramA post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on
https://www.instagram.com/p/BymBSvnl3zZ/
Adik Ainul kini dilihat sudah sedarkan diri menerusi perkongsian yang dibuat oleh ibu dan bapanya. Kami doakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti anak-anak lain.