Tumbuhan Seperti Tangan Manusia, Lelaki Ini Terkejut Dengan Penemuan Cendawan Pelik

Seorang lelaki berusia 31 tahun terkejut apabila menemui sejenis cendawan berbentuk seperti ‘tangan orang mati’ di kawasan hutan Colwyn Bay, North Wales.

Tumbuhan itu ditemui oleh Mike Roberts yang pada mulanya menyangka dia terjumpa rangka mayat di tengah-tengah hutan.

Disebabkan hujungnya yang berwarna putih, ia memberikan gambaran yang menyeramkan seperti mayat tangan manusia yang tertanam.

Rupa-rupanya, tumbuhan yang ditemui itu adalah spesies unik yang dikenali sebagai cendawan Xylaria Polymorpha juga digelar sebagai jari orang mati.

Sumber: The Mirror

Roberts yang minat mengkaji jenis-jenis kulat mendakwa ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup kerana berjaya menemui cendawan tersebut.

Selepas berkongsi gambar cendawan yang menyeramkan itu di Facebook pada minggu lepas, perkongsian itu menjadi tular dan mendapat lebih 70,000 reaksi warganet.

“Saya terkejut ketika pertama kali melihatnya. Ia benar-benar kelihatan seperti tangan zombie yang mahu keluar dari tanah,” ujar Roberts.

Dia turut berasa bertuah kerana dapat melihat cendawan spesies ini. Cendawan Xylaria Polymorpha biasanya dapat ditemui di UK dan Ireland.

Bagaimanapun, Roberts menjelaskan bahawa dia tidak pernah melihat secara depan-depan sebelum ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca