Tular Video Wanita Mengamuk Dan Minta Maaf Selepas Dikecam, Pengurus 7-Eleven Tampil Dedah Insiden Sebenar

Seorang wanita menerima kecaman hebat baru-baru ini selepas dia mengamuk dan ‘menyerang’ pekerja 7-Eleven yang bertanyakan kepada anaknya sama ada kanak-kanak itu mencuri barangan atau sebaliknya di rangkaian kedai tersebut.

Kanak-kanak itu kemudiannya melaporkan kepada wanita tersebut bahawa dia telah dituduh mencuri sekali gus membuatkan dua beranak ini ke outlet 7-Eleven berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sambil membuat Facebook Live sebagai tontonan kepada orang ramai.

Pertengkaran yang disaksikan oleh orang ramai ini telah mendesak segelintir warganet yang mahukan pihak 7-Eleven mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kes berlaku untuk mendapatkan kepastian.

Menerusi TikTok @7elevenmalaysia_official, pengurus outlet berkenaan tampil memuat naik video penjelasan tentang insiden sebenar.

@7elevenmalaysia_official

Reply to @_peppermintmocha Marilah kita saling bermaafan & cipta kenangan indah bersama 7-Eleven❤️ We love you guys🥰

♬ original sound – 7-Eleven Malaysia – 7-Eleven Malaysia

Beliau menjelaskan bahawa insiden salah faham yang berlaku pada malam Rabu itu terjadi selepas salah seorang pekerja bertanya kepada kanak-kanak tersebut selepas terdengar perbualannya bersama rakan-rakan yang hadir bersama ke 7-Eleven.

Soalan tersebut telah membuatkan kanak-kanak itu menangis dan takut lalu memilih untuk lari keluar bagi mendapatkan ibunya yang seterusnya membuatkan dua beranak ini kembali semula ke 7-Eleven.

Sumber: The Vocket

Berdasarkan semakan pihak 7-Eleven, kanak-kanak itu difahamkan tidak mencuri. Ibu kanak-kanak tersebut dan pekerja 7-Eleven itu saling bermaafan selepas wujud salah faham antara kedua-dua pihak.

Pengurus itu turut meminta orang ramai tidak lagi mengecam tindakan wanita berkenaan dan berharap orang ramai dapat mencipta memori indah bersama 7-Eleven.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca