Tular Video Tuduh Pemandu Lori Mabuk, Pasangan Suami Isteri Ini Tampil Mohon Maaf

Sekiranya aktif di media sosial, anda mungkin pernah menonton video memaparkan seorang wanita yang dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Walau bagaimanapun, video itu menerima pelbagai reaksi kerana wanita itu menuduh pemandu lori tersebut tanpa usul periksa. Salah seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Siva menjelaskan rakannya terkena serangan jantung dan sudah menghembuskan nafas terakhir.

Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai, sepasang suami isteri tampil menafikan bahawa mereka merupakan perakam video kemalangan tersebut.

Lelaki itu menjelaskan bahawa mereka hanya memuat naik semula video berkenaan di akaun TikTok selepas menerima video itu melalui WhatsApp.

Menurut lelaki itu lagi, kereta yang dilanggar pemandu tersebut bukanlah keretanya dan suara dalam video itu memang tidak sama dengan suara isterinya.

Isteri pemilik akaun TikTok itu turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori tersebut dan turut menegaskan bahawa dia tidak merakam video tular berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh itu turut mengesahkan pemandu lori itu telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh kerana myocardial infarction (serangan jantung). Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@mubarakkhan1535

tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi

♬ bunyi asal – mubarakkhan1535 – mubarakkhan1535

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca