Tular Video Pukul Penghantar Makanan, Ini Penjelasan Lan Pet Pet

Pelawak ternama tanah air, Lan Pet Pet menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam pergaduhan di mana beliau telah rangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan.

Dalam video tersebut, anda dapat melihat Lan Pet Pet bertindak ganas dan hilang sabar. Pelawak itu dilaporkan telah tampil ke balai polis untuk memberi keterangan.

Selepas insiden berkenaan tular, pelawak terkenal itu menjelaskan bahawa ia bermula apabila beliau yang sedang berada dalam kereta dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menegur seorang penghantar makanan kerana lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit di jalan raya.

Sumber: Instagram @lanpetpet

Ini kerana tindakan itu mampu membahayakan nyawa individu berkenaan dan pengguna jalan raya yang lain. Semuanya berubah apabila pelawak itu dikatakan telah dimaki dan menerima provokasi daripada penghantar makanan berkenaan.

Tidak mahu membiarkan dirinya terus diserang, ahli Senario itu hanya mahu mempertahankan diri dan bukannya menunjuk samseng. Pelawak terkenal itu turut akui pergaduhan antara beliau dengan penghantar makanan itu cuma berlangsung selama beberapa saat sahaja.

Tambah Lan Pet Pet lagi, beliau tidak menyangka ada individu yang merakam dan menyebar rakaman insiden berkenaan melalui grup WhatsApp dan media sosial. Pelawak itu menganggap pergaduhan berkenaan sudah tamat di tempat kejadian.

Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama pelawak itu terlibat dengan pergaduhan. Pada 6 April 2019, Lan Pet Pet menerima kecaman hebat apabila memukul seorang pengawal keselamatan iaitu Pak Ya.

Dalam pada itu, pihak polis difahamkan sedang menanti penghantar makanan tersebut untuk tampil ke balai polis dan memberi keterangan tentang isu yang berlaku. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca