Tular Video Prank ‘Influencer’ Pakai Gelang Pink, Ini Respons Datuk Ismail Sabri

Baru-baru ini tular sebuah video prank yang memperlihatkan seorang influencer, Chazy Nash sedang memakai gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya. Video yang dikatakan lakonan itu menyaksikan dirinya sedang menikmati makanan di sebuah warung dan di pergelangan tangannya sedang memakai gelang pink. Kejadian ini telah mencetuskan panik ‘pelanggan-pelanggan’ lain yang berada di situ.

Video tersebut telah mendapat kecaman daripada warganet dan dianggap tidak sensitif dengan situasi COVID-19 yang berlaku.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sebuah sidang media, beliau menyifatkan tindakan influencer itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan sedemikian dianggap menipu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan. 

“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut.

“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar. Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” jelas Datuk Ismail Sabri.

Beliau juga turut memberi peringatan kepada semua pihak agar memandang serius mengenai pandemik COVID-19 ini dan tidak menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

View this post on Instagram

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca