Tular Video Penari Mirip Wajahnya, Ini Respons AC Mizal

Sebuah video memaparkan sekumpulan penari sedang beraksi di atas pentas sambil mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit berjaya mencuri perhatian orang ramai kerana salah seorang penari lelaki berkenaan kelihatan sama seperti Dato’ AC Mizal.

Dalam rakaman video tersebut, penari latar yang hanya memakai singlet hitam itu dilihat sedang menari di hadapan khalayak ramai dengan lenggok tarinya yang lemah gemalai.

Wajah lelaki berkenaan juga dikatakan hampir 99 peratus seiras dengan pengacara terkenal itu sehingga ada dalam kalangan warganet tertanya-tanya adakah benar individu terbabit adalah Dato’ AC ataupun sebaliknya.

Sumber: The Vocket

Selepas video itu tular, Dato’ AC terpanggil untuk memberikan respons selepas anaknya menunjukkan rakaman tular tersebut kepadanya.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Dato’ AC sempat berseloroh kononnya pekerjaannya selama ini sudah terbongkar.

“Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sehingga anak saya sendiri cakap tak pernah nampak Daddy pakai singlet hitam. Ini bukan saya. Lentik saya lain. Saya tak cukur ketiak okay,” tulisnya.

Sumber: Instagram @emyliadac

Tidak berhenti di situ, pengacara itu juga sempat bergurau terpaksa mencari pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan dengan menggunakan bakat terpendam yang dimilikinya.

“Siapa edarkan video ini haaa saya terpaksa cari job sampingan. Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan. Hari ini notifikasi telefon saya tidak berhenti.

Saya ingat apa rupa-rupanya dah pecah lubang saya buat job tepi. Selain daripada hos, hebat tak? Demi mencari rezeki dan tambah pendapatan,” tambahnya.

Pada pendapat anda, adakah wajah penari dalam video ini sama seperti Dato’ AC? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca