Tular Video Berlakon Solat Sambil Bergelak Tawa, Individu Hina Islam Ini Akhirnya Ditahan Polis

Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita selepas mereka disyaki terlibat dalam kes mempersendakan agama Islam menerusi rakaman video yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis, A Asmadi Abdul Aziz, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan suspek lelaki yang berusia 20 tahun itu di Taman Kledang, Menglembu dekat Ipoh pada jam 11.15 malam Ahad sebelum menahan rakan sebayanya di Taman Silibin Ria.

“Lelaki itu mengaku melakukan watak solat dalam video berkenaan dan rakan wanitanya mengaku merakam perbuatan itu menggunakan telefon miliknya dengan niat untuk bergurau di sebuah inap desa di Taman Lapangan Terbang sebelum memuat naik di Instagram miliknya.

“Berdasarkan semakan di telefon bimbit berkenaan, rakaman itu dilakukan pada 28 Oktober lalu sekitar jam 1.27 pagi,” kata A Asmadi seperti yang dilaporkan Bernama.

Tambah A Asmadi lagi, siasatan awal mendapati wanita tersebut bertindak memadamkan video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu kerana takut selepas ia menjadi tular.

Difahamkan, pihak polis turut merampas dua unit telefon bimbit dan kedua-dua individu itu direman selama empat hari sehingga 22 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955; Seksyen 298 Kanun Keseksaan; dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Untuk rekod, video yang berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam sedang melakonkan solat dalam keadaan bergurau sambil bergelak tawa bersama rakannya.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi kisah individu yang dulunya membenci Islam dan akhirnya mendapat hidayah Allah SWT. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca