Search
Close this search box.

Tular Tunjuk Jari Tengah, Kanak-Kanak Ini Tampil Mohon Maaf

Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang membonceng motosikal bersama ibunya menunjukkan jari tengah ketika berhenti di lampu isyarat menjadi bualan ramai di media sosial.

Sekiranya anda menonton video tersebut, wajah bersahaja kanak-kanak lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya sebagai muka tiada perasaan.

Video kanak-kanak itu tular di aplikasi TikTok dan berjaya mencuri perhatian pempengaruh media sosial antarabangsa seperti Khaby Lame dan bintang K-Pop iaitu Choi Siwon daripada Super Junior.

Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak yang dikenali sebagai Im Kamaludin itu sebenarnya berasal dari Thailand. Menerusi akaun Facebook, Kamaludin memaklumkan bahawa dia berasa malu dan berharap tiada lagi pihak yang berkongsi video tersebut.

Sumber: Suara.com

Kanak-kanak itu turut menjelaskan bahawa dia tidak sangka video tersebut tular di seluruh dunia. Akui aksinya menunjuk jari tengah tidak sopan, Kamaludin meminta tiada kanak-kanak lain mengikuti tindakannya.

“Pada mulanya, saya tidak tahu apa maksud isyarat jari tengah dan saya berasa malu selepas mengetahuinya. Saya mohon maaf dan berharap tiada siapa akan ikuti perbuatan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang YouTuber dari Thailand yang dikenali sebagai Fizart Vlog telah mendedahkan kehidupan kanak-kanak tersebut. Fizart Vlog turut mempelawa Kamaludin sendiri untuk membuat rakaman video-video lucu bersama-sama di YouTube.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca