Tular Makan Makanan Yang Sudah Tamat Tempoh, Lelaki Ini Gelarkan Dirinya ‘Perut Titanium’

Seorang lelaki di England menggelarkan dirinya ‘perut titanium’ kerana tidak jatuh sakit walaupun bereksperimentasi dengan memakan makanan yang telah tamat tempoh.

Gavin Wren, 44, dari Forest Gate di timur London memuat naik rakaman dia memakan telur ayam yang sudah 73 hari melepasi tarikh tamat tempoh.

Dia juga memakan sapuan hummus yang sudah tamat tempoh selama 17 hari.

Baru-baru ini, Wren menyiarkan klip video dirinya memakan satu sudu besar yogurt, 31 hari selepas tarikh penggunaannya.

Wren mengakui sebahagian daripada 54 ribu pengikut di TikTok bimbang tentangnya dan menghantar mesej bertanyakan sama ada dia masih hidup jika dia tidak membuat siaran selama satu hari.

Walaupun menyeronokkan, Wren sebenarnya mempunyai alasan yang tersendiri untuk membuat cabaran aneh itu.

Ini kerana dia mahu membuktikan bahawa banyak makanan yang tamat tempoh masih boleh dimakan.

Wren menjelaskan bahawa warga Britain membuang 9.5 juta tan makanan setahun walaupun 8.4 juta penduduknya berada dalam fasa kemiskinan makanan.

“Saya terkejut dengan jumlah makanan yang kita buang. Saya dibesarkan dalam keluarga di mana jika sesuatu kelihatan dan berbau baik, bermakna ia masih boleh dimakan. Mungkin itu yang memberikan saya perut titanium.” Katanya.

Perkara utama dalam cabaran ini adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa makanan boleh bertahan lebih lama daripada yang anda jangkakan.

“Orang selalu bertanya kepada saya sama ada saya jatuh sakit disebabkan tabiat itu dan saya bersumpah, ia tidak pernah membuatkan saya jatuh sakit,” ujar Wren. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca