Tular Kes Samun Yang Membuatkan ‘Joe Flizzow’ Trending, 4 Suspek Disahkan Positif Dadah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video yang memaparkan kegiatan sekumpulan lelaki Melayu yang menyamun seorang pemandu lelaki berbangsa Cina.

Difahamkan mangsa pada ketika itu dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Klang bersama sepupunya. Semasa dalam perjalanan, kereta mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dinaiki 4 suspek berkenaan.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan cuba untuk memecahkan cermin kereta mangsa. Menerusi video tersebut, cermin kereta mangsa berjaya dipecahkan dengan menggunakan kayu pemukul.

Mangsa kemudiannya ditarik keluar dari keretanya dan dipukul dengan kayu oleh suspek. Semasa kejadian, telefon bimbit milik sepupu mangsa turut dirampas suspek.

Video berkenaan tular dan terdapat pelbagai reaksi daripada rata-rata warganet. Ada juga yang membuatkan tindakan suspek sebagai bahan jenaka.

Ada yang turut samakan salah seorang suspek dengan artis tempatan Joe Flizzow membuatkan beliau trending di Twitter sehinggakan beliau sendiri memuat naik satu video menafikan dakwaan warganet itu.

Laporan polis telahpun dibuat kepada pihak Polis Daerah Klang Selatan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli menyatakan bahawa insiden berkenaan berlaku sekitar jam 4.30 petang.

Tambahan pula, beliau menjelaskan bahawa kesemua suspek yang berumur 23 hingga 35 tahun itu berjaya diberkas pada hari yang sama menerusi operasi penangkapan yang dilakukan bermula jam 7 petang hingga 11 malam.

Kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan ujian awal saringan air kencing dan akan disiasat mengikut seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca