Tular Kerana Bentuknya, Siput Ini Ternyata Mempunyai 1,001 Khasiat Buat Rambut

Haiwan bernama siput memang terkenal dengan khasiatnya terhadap kulit. Rata-rata produk penjagaan wajah terutamanya dari Korea dan Jepun menggunakan lendir siput yang mengandungi khasiat semula jadi serta kandungan antioksidan tinggi di mana ia mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Baru-baru ini, tular mengenai satu jenis siput yang dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri dalam membantu untuk melebatkan rambut. Ia dikenali sebagai siput Geoduck. Apa yang menarik perhatian warganet adalah bentuknya yang kelihatan persis kemaluan lelaki.

Geoduck atau nama saintifiknya disebut sebagai Panopea Generosa merupakan spesis yang cengkerangnya berukuran antara 15 hingga 20 sentimeter. Pada masa yang sama, siput jenis ini mempunyai leher panjang maksimum sehingga 1 meter. Geoduck dipercayai spesis siput yang mempunyai cengkerang paling besar di dunia.

Gambar siput berkenaan dimuat naik di satu laman jualan dalam talian di mana ia diletakkan bersama dengan produk rambut yang dikatakan mampu meletakkan titik noktah kepada masalah rambut sikit atau nipis.

Menurut laman berkenaan, Geoduck merupakan antara bahan utama yang terkandung dalam produk itu. Ia dikatakan boleh membantu mengurangkan rambut gugur di samping menguatkan akar rambut serta mengurangkan minyak di kulit kepala.

Rata-rata pembeli memberi respon positif dengan menyatakan produk yang dijual dengan harga bawah RM100 itu memberi kesan yang baik terhadap rambut mereka.

Jadi, ada tak pembaca di sini yang nak cuba? Mana tahu nanti rambut yang asalnya persis Prince William boleh berubah menjadi Harry Styles!

Artikel Lain Untuk Di Baca