Tular Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok, Wujud Unsur Gharar Menjadikannya Haram

Baru-baru ini tular di TikTok jual beli secara ‘cedok-cedok’ dalam kalangan peniaga atas talian telah disifatkan sebagai sebuah jual beli yang mempunyai unsur gharar serta diharamkan.

Trend ini dilakukan dengan cara peniaga akan mencedok barang jualan mereka mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Tambahan pula, pembeli tidak boleh memilih apa barangan yang mereka dapat.

Pelbagai jenis barang jualan yang menggunakan kaedah ini di laman media sosial tersebut seperti barang kemas, gula-gula dan peralatan hiasan.

Menurut Ahmad Sufyan Che Abdullah, daripada perkongsian Facebook Muamalat.my, jual beli sedemikian adalah sebuah jual beli gharar atau jual beli al-mulasamah yang diharamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar . Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi,” jelas Ahmad Sufyan.

Difahamkan gharar juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gharar wujud dimana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

Keduanya gharar al-siffah iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Mungkin ramai berpendapat setakat jual lima ringgit gula-gula sahaja tidak ada salahnya. Namun begitu, umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati tidak kira sama ada anda penjual atau pembeli.

Kedua-duanya diharamkan untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini yang sudah terang salah dari segi hukum.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca