Tular Gambar Ratusan Badak Air ‘Berhimpit’ Dalam Kolam Lumpur Ketika Musim Panas

Tular gambar  memperlihatkan mamalia bertubuh besar memanfaatkan kolam kecil di dataran Tanzania yang kering kerana tidak mengalami hujan. Ratusan badak air berkenaan telah berhimpit antara satu sama lain untuk berendam dengan kepala mereka menghadap ke tengah.

Seorang jurugambar telah merakam gambar ketika berada di wilayah Arusha di negara itu yang hanya 71 batu dari Gunung Kilimanjaro. Manakala seorang lagi rakannya berkata “Ini adalah sesuatu yang sangat jarang dilihat. Saya tidak boleh mengira berapa ekor badak air yang ada. Tetapi, saya merasakan ia lebih dari 100 ekor. Kelihatan mereka sangat santai, tenang dan dipenuhi dengan lumpur”.

Di wilayah terpencil di Tanzania, ini merupakan hari yang panas dan tidak mengalami hujan. Ketika mereka tiba, mereka melihat kolam kecil ini dipenuhi dengan badak air berkenaan.

Hari yang sangat panas dan kolam tersebut adalah satu-satunya kawasan yang mempunyai air yang cukup untuk mereka menyejukkan badan. Mungkin badak air berkenaan telah berada di dalamnya sepanjang hari.

Oleh kerana badak air mempunyai rambut atau bulu yang sangat sedikit untuk menutupi tubuh, mereka menutupi diri dengan lumpur untuk melindungi kulit mereka daripada terbakar di bawah sinaran matahari.

Lebih menarik lagi, haiwan tersebut bergantung kepada sifat penyejukan lumpur untuk termoregulasi kerana mereka mempunyai nisbah luas permukaan dan isi padu yang kecil berbanding dengan haiwan lain dengan jisim yang kurang.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca