Tular di media sosial dalam kalangan warganet sejak semalam mengenai seorang pemandu ambulans yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Perak.
Gambar pemandu ambulans itu telah tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni oleh beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan kepadanya. Namun begitu, sangkaan warganet meleset apabila ternyata pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia tersebut disahkan negatif pandemik COVID-19 dan bukan disebabkan terlalu letih.
#Ipoh Seorang pemandu ambulans di Ipoh tumbang selepas menghantar pesakit Covid-19. Punca kematian dikatakan akibat terlalu letih 😭
— VIRAL PERAK (@viralperak) November 24, 2020
Takziah kepada seisi keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat syurga indah untukmu.
(Cont) pic.twitter.com/BMO7oJjJpk
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah negatif. Pesakit juga dikenal pasti turut mempunyai sejarah lain yang sedang dalam rawatan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” menurutnya menerusi Bernama semalam.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara tersebut. Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.
Menurut tinjauan penulis di laman Twitter menerusi hantaran yang dibuat, rata-rata warganet bersimpati dan turut mengucapkan takziah kepada Allahyarham.
Innalillah. Al-Fatihah.
— Megat 'Adli (@TheFunSizeGuy) November 24, 2020
Sedih sangat bila dapat tahu, pekerja barisan hadapan bekerja lebih masa sehingga memakan nyawa.
Moga keluarga arwah diberi bantuan yang secukupnya untuk membayar jasanya.
act arwah meninggal sebab asthma.. dia baru lepas hantar pt covid dekat hrpb tengah basuh ambulans tak sempat nak ambik pump dia terus collapse.. abang sedara saya kerja situ bagitau.. semoga Allah ditempatkan dalam kalang orang2 yang beriman.. al-Fatihah..
— Sein jual FG & Zarzou (@nasein_) November 24, 2020
Apa yang saya lihat dan saya pernah bekerja in a medical line. Most of the ambulance driver bukan yang muda-muda. Kebanyakannya dah berusia. Sedih tengok perkhabaran ini. Semoga ahli keluarga kuat. Al-Fatihah (dibaca).
— 🇲🇾 Mohamad Hafiz 🇲🇾 (@hafizcuppycake) November 24, 2020
Innalillahi wainnailaihirajiun
— ᵃʸⁱˢʰ (@fscfc17) November 24, 2020
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ ،
Ya Allah Cucuri Rahmat ke atas Rohnya & Tempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh Aamiin.
Takziah diucapkan buat seisi keluarga dan sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Untuk mambaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah: