Tular Gambar Kain Rentang Anti Jawi Pada Pagar Sekolah Di Melaka

Menurut laporan Sinar Harian, isu kain rentang anti Jawi telah digantung pada pagar milik beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Melaka.

Susulan kejadian itu, pihak berkenaan didakwa untuk mencetak kain rentang dalam jumlah yang banyak sebelum menggantungnya di pagar sekolah ketika pihak pengurusan sedang bercuti.

Jelas Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Noor Effandi, pihak mereka masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah berkaitan isu tersebut.

Berdasarkan laporan pihak media, insiden penggantungan kain rentang di pagar sekolah ini dipercayai melibatkan campur tangan pihak ketiga yang melakukan perkara tersebut tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah terbabit.

Beliau turut memberi amaran keras kepada individu yang terlibat dengan insiden ini agar segera menghentikan perbuatan yang boleh menggugat perpaduan masyarakat Melaka terutamanya.

Untuk membaca artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca