Baru-baru ini telah tular baju yang dipakai oleh Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di sidang media berhubung perkembangan semasa COVID-19 yang kini menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
Sebelum ini, beberapa baju koleksi batik dan perhiasan yang dipakainya turut mencuri perhatian ramai apabila membuat penampilan secara langsung di kaca televisyen.

Terbaru ini, baju yang dipakainya pula telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen susulan baju kemeja putih itu memaparkan logo bermata satu.
Seperti yang kita tahu, lambang mata satu bukanlah logo yang asing lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi mereka yang mengikuti dan meminati pelbagai teori konspirasi di luar sana kerana sering dikaitkan dengan Iluminati atau Freemason. Berikutan baju tersebut, ramai warganet mula membincangkan mengenai lambang baju menteri tersebut.

Namun begitu, baju kemeja putih yang bermata satu itu hanyalah jenama fesyen yang dikenali sebagai Kenzo dan tidak dikaitkan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi yang dikaitkan oleh kebanyakkan warganet.
Maka itu, tidak hairanlah jika ada yang bergaya dengan baju bermata satu itu kerana jenamanya memang sudah dikenali dalam dunia fesyen lagi. Anda rasa masih adakah jenama lain yang dikaitkan dengan teori sebegini?
Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah: