Tular Foto Aksi Monyet Ini Duduk Dalam 2 Barisan Dengan ‘Penjarakan Sosial’

Sekumpulan monyet menunjukkan gelagat penjarakan sosial yang luar biasa di tengah wabak COVID-19 yang melanda di India. Walaupun mereka telah melakukan ‘pemusnahan’ seperti mengambil sampel ujian COVID-19, namun gambar tersebut telah menarik perhatian ramai.

Di Arunachal Paradesh, India, tular foto menunjukkan sekumpulan monyet itu berada dalam barisan yang sama rata ketika mereka sedang menikmati makanan.

Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan India telah menunjukkan gambar monyet yang mematuhi undang-undang penjarakan sosial ketika sedang menunggu untuk mengambil makanan.

Penjarakan sosial yang sangat sempurna ini dilihat berhampiran Bhalukpong di Arunachal. Jika dilihat dengan teliti, kumpulan monyet ini dapat mengajar kita banyak pengajaran yang penting. Monyet-monyet itu dilihat duduk jarak di antara satu sama lain semasa diberi makanan.

Pada minggu lepas, seorang pekerja kesihatan India telah diganggu oleh monyet yang mencuri sampel darah koronavirus. Kejadian itu menghadirkan rasa takut sekiranya wabak itu tersebar di seluruh kawasan. Namun, sampel tersebut telah ditemui dan tidak rosak.

Sekumpulan monyet ini kelihatan jinak. Walaupun di India monyet merupakan reputasi yang mengerikan, tetapi monyet-monyet tersebut dilihat sedang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan makanan.

Di India, mereka masih mengenakan sekatan ke atas kedai dan pengangkutan awam di banyak tempat. Kereta api bawah tanah dan sekolah tetap ditutup kerana pakar mengatakan masih belum sampai ke puncak wabak.

Walau bagaimanapun, kerajaan di India telah meredakan sedikit penutupan untuk membantu buruh yang kehilangan pekerjaan dan tidak dapat memberi makanan kepada keluarga.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penjarakan sosial, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca