Tular Buang Gula-Gula Di Atas Pentas Konsert, Ini Respons Shila Amzah

Selepas video membuang gula-gula di atas pentas ketika menjayakan persembahan di Konsert Merdeka 65 tular baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah tampil membuat permohonan maaf.

Memetik laporan OhBulan!, Shila menjelaskan bahawa dia sememangnya mempunyai tabiat mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak sebelum melakukan persembahan.

Sumber: OhBulan!

Shila bagaimanapun terlupa pada hari kejadian dan rasa terganggu dengan gula-gula yang masih berada di dalam mulutnya.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

“Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak.

Selepas dah menyanyi bahagian adlib, rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas jadi saya kena buang gula-gula itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu itu berkata dia sentiasa beringat memandangkan ini bukan kali pertama dia ‘kantoi’.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

“Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana saya turut ‘tertangkap’ oleh kamera. Selalunya saya memang ingat dan tak pernah buat dah.

Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah,” tambahnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca