Tular Ayam Tesco Tidak Disembelih, Tesco Tampil Beri Kenyataan

Tidak cukup dengan isu ayam Tesco tidak disembelih tahun lalu, isu ini kembali hangat apabila rakaman video berdurasi 46 saat menjadi tular dua hari lepas. Lelaki yang merakam video tersebut mendakwa ayam segar yang dijual oleh rangkaian pasaraya terkemuka Tesco tidak halal kerana tidak disembelih.

Netizen turut mengecam tindakan pasaraya itu yang didakwa tidak mematuhi sijil halal yang sah dikeluarkan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Susulan dakwaan itu, pihak pengurusan Tecso melalui satu kenyataan media di Facebook miliknya tampil memberi penjelasan sekaligus menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial tersebut.

Pihaknya memberitahu, mereka sentiasa mematuhi segala kawalan kualiti dan standard produk yang amat ketat dan memandang serius dakwaan tersebut.

Bagi memastikan produk yang dijual kepada pelanggan adalah halal, mematuhi undang-undang, selamat dimakan dan berkualiti, semua rumah sembelihan yang membekalkan ayam segar dan produk ayam kepada Tesco akan melalui proses pemeriksaan dan pengesahan berdasarkan piawaian Tesco (Tesco Standard).

Jelasnya,semua pembekal ayam perlu mempunyai sijil Halal yang sah dari Jakim/Jaim, selain perlu mematuhi amalan kebersihan dan amalan pengilangan baik (GMP) yang ketat.

Pihak Tesco turut menyatakan, audit dalaman merangkumi aktiviti pemantauan dijalankan di rumah sembelihan untuk memastikan keseluruhan proses penyembelihan, pemprosesan, penyimpanan dan penghantaran adalah mengikuti piawaian yang telah ditetapkan.

Malah sekiranya pelanggan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu ini boleh hubungi talian khidmat pelanggan Tesco di 1300 13 1313.

Artikel Lain Untuk Di Baca