Tukang Sapu Meninggal Dilanggar Kenderaan, Anak Kecil Ini Meratap Sayu Kepergian Sang Ibu

Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki kecil berusia bawah empat tahun yang menangis kerana meratapi kepergian sang ibu. Lebih menyedihkan apabila foto yang tersebar jelas memperlihatkan kesedihan kanak-kanak itu sewaktu berada di bilik mayat.

Menurut laporan daripada Makasar Info, kepergian ibu kepada anak kecil itu berpunca akibat dilanggar oleh kenderaan sewaktu sedang bekerja.

Meskipun foto dan kisah anak kecil itu sudah lama dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram Makasar Info, namun ia menjadi tular semalam dek kerana situasi meruntun itu telah merentap hati para warganet.

View this post on Instagram

Ibu..tiap hari aku menemanimu bekerja,sy TDK pernah lelah untk menyemangatimu yg bekerja mulai pagi hingga sore hari..kau tak pernah mengenal lelah membersihkan kota ini dari segilintir orang2 yg blm sadar akan kebersihan. IBU..kini kau pergi untk selamanya IBU..kini kau jauh dari kami bersaudara IBU..tiada lagi canda tawamu Rasa lelahmu telah hilang karna Allah lbh sayang kepadamu.. IBU..sy akan ingat nasehat2mu untk menjadi orang yg berguna dan belajar yg sungguh.. IBU kami rindu … . Korban bernama LINA..adalh korban tabrak, beliau tetangga kami sekaligus satu profesi menjadi PETUGAS KEBERSIHAN,beliau ini sering d temani anaknya yg masih kecil sambil duduk d trotoar sambil menunggu ibunya yg bekerja di area tanjung bunga metro dan meninggalkan 2 orang anak.. . Innalillahi wainnailaihi rojiun..kami SATGAS KEBERSIHAN PANTAI LOSARI turut berduka sedalam dalmnya.. . Foto : Edhy Rala

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo) on

Difahamkan bahawa ibu kepada anak kecil yang bernama Lina itu bekerja sebagai petugas pembersihan di jalan raya. Akibat kemalangan yang menimpa wanita itu, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kecederaan itu mengakibatkannya tewas dan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital. Kejadian yang berlaku di Losari Makassar tersebar hingga ke Malaysia kerana kanak-kanak tersebut dilihat tidak berhenti menangis.

Berdasarkan kenyataan sumber, jenazah Lina telah dikebumikan berdekatan perumahannya. Arwah dikhabarkan meninggalkan anak seramai dua orang yang masih kecil.

Kisah ini menjadi lebih pilu dan menyentuh hati warganet sebaik sahaja melihat foto arwah Lina bersama anaknya di tepi jalan raya. Menurut sumber, Lina sering membawa anak kecil itu sewaktu bekerja.

Semoga anak kecil itu cekal mengharungi kehidupan akan datang dan membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama serta negara.

Artikel Lain Untuk Di Baca