Tukang Peluk, Ini 4 Pekerjaan Pelik Di Dunia Yang Tiada Di Malaysia

Pada zaman teknologi yang canggih ini, semua individu memerlukan pekerjaan bagi menyara kehidupan. Pekerjaan seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya dianggap pekerjaan lazim. Namun, tahukah anda terdapat pekerjaan yang pelik bagi memenuhi keperluan dan kemahuan manusia?

Berikut kami kongsikan empat pekerjaan pelik di dunia yang tiada di Malaysia:

1. Tukang peluk – Jepun

Pekerjaan ini hanya terdapat di Jepun. Pekerjaan ini memerlukan pekerja meneman pelanggan dengan memeluk sehingga tidur atau hanya tidur di sebelahnya dan mereka dibayar mengikut jam. Kebanyakan pekerja tukang peluk ini adalah wanita.

2. Oshiya – Jepun

Jepun terlalu padat dan hampir semua penduduk di negara tersebut menggunakan kenderaan awam, terutamanya di Tokyo. Tugas Oshiya adalah menolak penumpang-penumpang ke dalam tren bagi membolehkan mereka masuk walaupun sudah penuh dan padat dengan penumpang lain.

3. Toques – Mexico

Toques bertanggungjawab untuk memberikan kejutan elektrik kepada orang yang mabuk. Mereka akan berjalan-jalan sambil membawa bateri yang akan menghasilkan tenaga elektrik dan merenjat badan orang yang mabuk. Tujuannya adalah untuk menyedarkan mereka. Toques akan meminta bayaran setiap kali renjatan.

4. Pemohon maaf profesional

Pemohon maaf profesional menawarkan khimat memohon maaf bagi pihak orang lain. Selalunya, mereka yang terlalu sibuk atau malas memohon maaf akan mengunakan perkhidmatan ini.

Pekerjaan apa sekalipun, yang penting ialah kita perlu berusaha mencari sumber rezeki yang halal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca