Tudung Termahal Berharga RM70,000 Milik Seorang Usahawan Di Kelantan

Tudung bertahtakan Swarovski yang diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan dari negeri Kelantan.

Jika sebelum ini tudung Bawal Exclusive bernilai RM50,000 sudah dianggap tidak masuk akal, kali ini warganet tidak perlu terkejut kerana tudung termahal ini bakal diperagakan.

Pengasas Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri memaklumkan tudung tersebut telah memecahkan rekod harga tudung termahal sebelum ini yang berharga sempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria.

Beliau berkata, berkenaan tempahan kali ini, wanita tersebut mahukan kelainan pada tudung warna biru itu dengan dihiasi kemewahan dasar laut.

Tudung corak lain pula ditempah menerusi butik As Galleria milik Rabiatul Hasmak Ghani di Lembah Sireh, Kota Bharu.

“Sebelum kami bersetuju terima tempahan, syarikat telah merujuk kepada ibu pejabat kerana ini bukan tudung yang biasa-biasa, harganya terlalu mahal.”

“Kami akan menggunakan khidmat pakar dari Itali yang berada di Singapura untuk menghasilkan tudung berkualiti demi memberi kepuasan kepada pemiliknya”, katanya.

Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan New Zealand iaitu Sebastian Cox menghadiri majlis meraikan seramai 300 pembeli setia yang terpilih dengan nilai belian minimum sebanyak RM5,000 sehingga RM100,000 setahun.

Beliau berkata bahawa selain menggunakan Swarovski tulen, tudung berkenaan menjadi mahal kerana setiap satu permata itu disusun rapi dengan menggunakan tangan satu persatu dan bukannya dihasilkan melalui mesin jahitan.

Baru-baru ini tudung bawal hitam jenama Bawal Exclusive yang bernilai RM50,000 hangat diperkatakan berikutan telah menjadi milik seorang usahawan dari Pantai Timur di Pahang.

Wanita di Kelantan ini juga pernah membeli tudung Bawal Exclusive yang berharga RM10,000 sehelai, RM21,600 sehelai dan pada tahun lepas pula yang bernilai RM33,000 sehelai.

Tidak dapat dinafikan lagi kegilaan terhadap tudung Bawal Exclusive ini menjadi asbab seseorang itu sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit hanya untuk sehelai tudung.

Haliza berkata, pihaknya tidak menjadikan perkongsian mengenai tudung yang bernilai RM70,000 itu sebagai strategi melariskan jualan tetapi ia satu realiti.

“Kami mempunyai bukti resit pembelian dan sebagainya. Lagipun kami bersyukur Bawal Exclusive sudah menjadi pilihan dan dipercayai sejak 21 tahun lalu lagi,” katanya lagi.

Menurutnya, pemakai setia Bawal Exclusive sudah mengetahui kelainan serta keistimewaan tudung yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

“Saya pernah bertanya mengapa sanggup bayar mahal hanya untuk sehelai tudung satu meter ini,” katanya.

“Jawapannya semua adalah demi kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk, lagipun pembelinya tidak mahu dikenali,” tambahnya.

“Individu itu juga memberitahu, jika harga kasut keluaran negara luar berharga belasan ribu ringgit boleh dibeli, inikan pula tudung yang boleh menutup aurat dan dibuat oleh usahawan tempatan,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca