Tsunami Di Sulawesi, Indonesia: Angka Korban Meningkat

PALU, Indonesia – Setakat tujuh minit yang lalu, angka korban bencana tsunami di Palu meningkat ke 832 orang dan dijangka akan terus meningkat, lapor The Guardian.

Pada Jumaat yang lalu, gempa bumi berukuran 7.7 skala ritcher telah mencetuskan tsunami kuat di kawasan Sulawesi Tengah, Indonesia. Antara bandar yang terjejas teruk adalah Donggala dan Palu.

Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, telah mengesahkan peningkatan angka korban bencana tersebut dan beliau juga meningatkan bahawa angka korban tersebut boleh mencecah kepada beribu orang.

821 jumlah kematian dicatatkan di Kota Palu setakat ini dengan 11 lagi kemalangan jiwa dilaporkan di Donggala, kawasan yang paling terjejas teruk yang didiami oleh 300,000 orang penduduk.

Beratus-ratus mayat ditemui di kawasan pantai dan pihak berkuasa khuatir berkemungkinan banyak lagi tubuh yang telah hanyut di lautan.

Ikuti perkembangan terkini bencana tsunami di Sulawesi Tengah di mana-mana stesen televisyen dan medium media massa yang lain.

 

 

Sumber: The Guardian

Foto Paparan Utama: BBC Indonesia

Artikel Lain Untuk Di Baca