Trending Nombor Satu Di Youtube Malaysia, Muzik Video ‘4 Dara 2020’ Kembali Jadi Fenomena

Gandingan tiga penyanyi iaitu Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana menerusi lagu Empat Dara 2020 menerima sambutan hangat penonton di laman Youtube.

Idea penghasilan lagu tersebut timbul selepas Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Elly berasa gembira apabila rakaman nyanyiannya itu tular sehingga terbitnya muzik video Empat Dara 2020.

“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira,” kata Elly.

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir yang turut tidak ketinggalan memuat naik sedutan rakaman persembahannya di salah sebuah rancangan televisyen telah menarik perhatian peminat sehingga mereka membuat permintaan agar lagu itu diberi sentuhan baru.

Syarikat rakaman Faithful Music akhirnya merealisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empat Dara 2020.

Lebih menarik lagi apabila penyanyi rap Zizi Kirana turut sama terbabit dalam penghasilan muzik video ini.

“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini,” jelas Zizi.

Lagu Empat Dara, karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh yang diberi nafas baru ini sudah ditonton hampir setengah juta selepas dilancarkan dan kini trending nombor satu di saluran Youtube Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca