Trending Di Tiktok, Keterangan Amber Heard Tidak Logik

Amber Heard memberi keterangan tentang didera oleh Johnny Depp tetapi cerita dan ekspresinya mengambil perhatian warganet.

@micielojones96

Johnny smacked her across the face when her back was to him. Sheeesh he got long arms. #amberheard #johnnydepp #justiceforjohnnydepp #poopgate

♬ original sound – MiCielo Jones

Warganet telah berkongsi pendapat dalam TikTok terhadap keterangan yang diberi oleh Heard.

Ketika Heard bercerita dari pihaknya, pelakon filem Aquaman itu ada berkongsi cerita ketika dia sedang berjalan keluar dari bilik, Depp menampar muka Heard dan Heard segera pusing untuk melihat Depp.

Penerangan ini dikatakan tidak logik kerana Heard beritahu secara terperinci bahawa Depp menampar mukanya tetapi dia perlu pusingkan dirinya untuk melihat Depp.

Jika dia perlu toleh atau pusing badannya, itu bermakna Depp tidak berdiri di hadapannya dan kedudukan itu menjadi mustahil untuk Depp menampar muka Heard.

Dalam perkongsian ini pula, ramai setuju akan warganet ini bahawa ekspresi wajah dan cara pergerakan Heard seperti dibuat-buat atau sedang menghafal skrip.

Heard menceritakan semula tentang kejadian yang berlaku dengan penuh emosi sehinggakan warganet berasa dia sedang berlakon sahaja.

Heard juga ada mengatakan bahawa memukul lelaki atau perempuan adalah perkara yang salah meskipun dalam rakaman bukti sebelum ini, Heard ada mengaku dia memukul Depp.

Dalam banyak-banyak kritikan dari pendengar perbicaraan ini, ada juga yang percaya akan cerita Heard kerana reaksi mangsa-mangsa mestiah berbeza.

Perbicaraan ini masih berjalan dan keputusan juri di pengakhiran kes masih dinanti-nantikan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Johnny Depp dan Amber Heard, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca