Transformasi Wanita Ini Selepas Ditinggalkan Bekas Kekasih Curi Perhatian Ramai

Ramai individu mahukan raut wajah yang jelita supaya mereka akan kelihatan lebih yakin apabila berdepan khalayak ramai. Walaupun begitu, bukan semua orang dikurniakan kecantikan secara semula jadi.

Namun, apa yang lebih teruk ialah ada antara individu berkenaan menerima kata-kata yang tidak baik daripada orang lain atas sebab itu. Dalam kes ini, seorang wanita di Vietnam sanggup menjalani pembedahan plastik pada usia 19 tahun selepas ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya dua tahun sebelum itu.

Wajah baharu Nguyen Tuong Vy mencuri perhatian ramai selepas ia menjadi tular di media sosial. Walaupun bekas kekasihnya berkata dia suka Nguyen kerana wanita itu sendiri dan bukan rupanya, lelaki itu tidak pernah bawa dia bertemu dengan rakan-rakannya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana wanita berusia 21 tahun itu ditinggalkan selepas mereka hadir ke majlis sambutan hari lahir rakan lelaki berkenaan bersama-sama.

Sepanjang majlis itu berlangsung, Nguyen kerap mendengar daripada semua yang berada di sana bahawa dia dan pasangannya tidak sepadan.

Nguyen bagaimanapun tekad mengubah bentuk wajahnya ketika berusia 19 tahun. Wanita itu meminta izin daripada ibunya untuk menjalani pembedahan plastik dan turut menjelaskan bahawa penampilannya telah meninggalkan kesan yang amat besar terhadap keyakinan dan harga dirinya.

Selepas mendengar penjelasan berkenaan, ibu Nguyen menyokong tindakan anak perempuannya dan turut membayar semua kos pembedahan plastik Nguyen.

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya berada di tempat Nguyen?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan transformasi, anda boleh klik pada pautan di bawah

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca