Search
Close this search box.

‘Transfer’ Duit Ke Dalam Akaun Bank Squid Game, Rupa-rupanya Milik Penerbit

Jika anda telah menonton drama bersiri Squid Game sehingga habis, anda pasti tahu bahawa salah satu watak dalam drama tersebut telah menerima jumlah wang yang sangat banyak.

Akaun bank milik ‘watak’ tersebut menunjukkan terdapat jumlah wang sebanyak 45.6 billion won dan ternyata akaun bank ini sememangnya wujud.

Di dalam sebuah temu bual online, pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk menjelaskan bahawa akaun tersebut sebenarnya milik salah satu penerbit drama bersiri itu.

Hwang berkata bahawa mereka telah mendapat izin daripada penerbit itu agar akaun banknya digunakan, sebelum rakaman drama tersebut bermula.

Dia turut menambah bahawa penerbit tersebut telah menerima wang bernilai 456 won iaitu sebanyak RM1.61 ke dalam akaun banknya daripada para penonton.

Sumber: Mothership.sg

Pihak produksi telah bercadang untuk menutup akaun bank tersebut sekiranya terdapat isu-isu yang bakal berlarutan jika dibiarkan.

Terdahulu, drama bersiri ini telah menghadapi masalah apabila mereka menggunakan nombor telefon sebenar yang tertera pada kad tersebut.

Susulan daripada itu, pemilik sebenar nombor telefon itu telah menerima ramai panggilan daripada penonton Squid Game.

Pihak kru produksi dipercayai telah melakukan kesilapan kerana mereka sepatutnya menukar tiga digit yang pertama pada nombor telefon tersebut.

Dalam temu bual itu, Hwang turut menyatakan tentang isu tersebut dan meminta maaf kerana tidak menyemak dengan lebih terperinci.

Beliau turut berkata bahawa pihak produksi sedang memberikan wang pampasan terhadap individu tersebut dan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca