[Trailer] Sequel To All The Boys I’ve Loved Before Bakal Temui Penonton Pada Februari 2020

Filem komedi romantik Netflix, To All The Boys I’ve Loved Before bakal tampil dengan sequel yang berjudul To All The Boys P.S. I Still Love You pada Februari tahun hadapan sempena sambutan Hari Kekasih.

Diadaptasi daripada buku trilogi karya Jenny Han yang diterbitkan pada tahun 2014, filem To All The Boys I’Ve Loved Before sebelum ini menemui peminat buat pertama kalinya pada Ogos 2018. Antara pelakon yang membintangi filem kegemaran ramai itu termasuklah Lana Condor, Noah Centineo, Janel Parrish dan Anna Cathcart.

Ia berkisar tentang seorang gadis bernama Lara Jean Covey (Lana Condor) yang akan menulis surat setiap kali dia menyukai seseorang. Surat-surat tersebut bagaimanapun tidak pernah dihantar kepada mereka dan hanya disimpan di dalam satu kotak miliknya.

Namun begitu, pada suatu hari, perkara yang paling tidak dijangka telah berlaku iaitu surat-surat tersebut telah dihantar kepada lima orang lelaki yang pernah disukai Lara. 

Pada Jumaat lepas, Netflix telah mengumumkan jadual tayangan sequel To All The Boys I’ve Loved Before menerusi satu perkongsian di laman Instagram di mana To All The Boys P.S. I Still Love You bakal menemui penonton pada 12 Februari 2020.

Sequel ini bakal menyaksikan kehadiran Jordan Fisher sebagai karakter baru iaitu John Ambrose McClaren di mana dia merupakan salah seorang yang menerima surat cinta daripada Lara. Adakah kehadiran John akan memberi kesan terhadap hubungan Peter dan Lara? Sama-sama kita nantikan.

Untuk membaca review To All The Boys I’ve Loved Before, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca