Tragis Letusan Tambora, Dunia Menerima Padah

Fenomena letusan gunung berapi memang tidak asing bagi kita. Namun, tahukah anda dunia pernah digegarkan letusan Tambora yang tragis sehingga musim panas tidak muncul dan apakah yang berlaku di sebaliknya?

Gunung Tambora merupakan stratovolkano aktif meletus sekitar tahun 1815 dan merupakan gunung paling terkenal dalam kalangan saintis. Gunung ini terletak di Pulau Sumbawa, Indonesia. Ia juga terletak di antara dua kabupaten.

Kabupaten Dompu yang melibatkan sebahagian kaki, sisi selatan ke barat laut. Begitu juga dengan kabupaten Bima yang meliputi bahagian kaki, lereng sisi selatan, barat laut sehingga menuju puncak sisi timur utara gunung tersebut.

Sehubungan dengan itu, Volcanic Explosivity Index (VEI) menunjukkan magnitud letusan Tambora sedikit menyamai letusan Gunung Toba. Letusan sangat kuat mencapai skala 7 menyebabkan limpahan muntahan lava dan debu. Lanjutan daripada itu, suhu dunia meningkat secara mendadak.

Seluruh dunia rasa hal yang sama namun negara yang paling terkesan adalah di sebelah Eropah. Letusan ini berlaku pada April 1815 dan bunyi letupan dapat didengari sejauh 2,600 kilometer. Perubahan iklim secara menyeluruh mengakibatkan gelaran ‘Tahun Tanpa Musim Panas’ pada 1816 masih tersemat di fikiran. Begitu dahsyatnya letupan Tambora dengan hanya memakan masa selama 15 minit mengubah peradaban dunia.

Seterusnya, laporan daripada penemuan arkeologi menyatakan bahawa terdapat tiga kerajaan yang dikenal pasti telah hancur. Antaranya, kerajaan Bima yang tercatat dalam naskhah kuno Bo Sangaji Kai, Kerajaan Sanggar dan Kerajaan Pekat juga turut musnah akibat letusan tersebut. Tamadun manusia pada ketika itu lenyap dengan sekelip mata.

Oleh hal yang demikian, tsunami bersaiz sederhana telah menghentam di kawasan berhampiran. Fenomena tersebut dianggarkan seramai 4,600 penduduk terkorban. Laporan diterima bahawa penurunan suhu sebanyak 0.53C yang mengakibatkan tumbuhan tidak dapat hidup dengan subur serta haiwan ternakan mati.

Ketika itu juga, dianggarkan lebih kurang 90 ribu orang meninggal dunia akibat kelaparan. Sesetengah pihak mengatakan jumlah korban seramai 71,000 orang.

“Namun begitu, gunung ini terlihat seperti lubang besar dan bagaikan mangkuk raksasa. Seperti bekas dihentam oleh sebuah meteor. Sememangnya, pemandangan yang sangat mengagumkan sekaligus mengetarkan”- Harley B Sastha.

Sehingga hari ini, gunung Tambora masih lagi aktif kerana berada di bawah lingkaran api pasifik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca